|
BERHAKKAH UMNO “BARU” MENGAMBIL MANFAAT KEJAYAAN UMNO
“ASAL”??
Saya sempat bercerita dengan seorang kenalan lama (bukan Melayu) berasal dulu
dari sebuah kampung di Sanggang (nama kampung dirahsiakan). Cerita berkisar dari
satu tajuk kepada isu-isu yang mendadak sekarang.
Mahathir Sudah Hilang Akal
Kami
bercerita dan berbincang dengan tulus dan ikhlas umpama ‘soul searching’. Isu
Mahathir sudah hilang akal kerana UMNO sudah ditinggalkan oleh orang Melayu, dan
sekarang hanya mengharapkan sokongan bukan Melayu khususnya kaum Cina adalah antara
isu perbincangan yang jadi isu hangat di kalangan ahli politik tempatan sekarang.
Beliau
pula bersikap sangat terbuka – tepat sebagai seorang “Malaysian”. Perkauman
tidak ada dalam dadanya kerana beliau berkata hidup matinya di sini, setiap sen yang
diperolehinya adalah untuk membangunkan perusahaan yang memberi manfaat semua kaum
di negara ini. Memang benar. Kebanyakan pekerja dan eksekutif beliau terdiri semua
kaum.
Sebagai seorang yang lama dalam politik UMNO, saya tanya beliau
bagaimana pendapat beliau tentang pergolakan UMNO yang sudah hancur berkecai
sekarang. Apa kesannya kepada komponen BN yang lain.
Dengan pantas beliau
menjawap, “Pemimpin UMNO perlu sedar, rakyat Taiwan pun boleh bertukar wadah.
Parti Konservatif di Great Britain pun jatuh ke tangan Liberal Party. UMNO yang
menjadi tulang belakang BN tidak terkecuali. BN sudah mulai BERPECAH juga”,
katanya.
Beliau mengulas panjang, katanya: “UMNO sudah sampai ketahap
‘mengharapkan’ sokongan bukan Melayu untuk menegakkan UMNO menerajui Kerajaan
BN. Kesetiaan (loyalty) golongan bukan Melayu kepada BN adalah sesuatu yang
sementara. Sebagai bukan Melayu beliau sudah lama merasa bahawa UMNO dan Pemimpin
elit mereka sebenarnya berpura-pura terhadap amanah orang Melayu; kerana itu UMNO
sekarang sudah tersisih oleh orang Melayu”, katanya.
Elit UMNO Petualang
Berjembalang
Kata beliau lagi, “Kerana Mahathir dan golongan elit yang lupa
daratan itu telah terlalu jauh menyimpang dari amanah orang Melayu, maka hari ini
Mahathir & sekongkolnya dan UMNO telah dikecundangkan oleh orang Melayu sendiri.
Mungkin pemimpin UMNO tidak menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah satu kaum
yang sudah maju dan berfikiran terbuka. Tetapi asas Islam dan gabungan budaya Islam
dan budaya Melayu masih terjalin begitu kuat dalam peradaban orang Melayu hingga apa
yang Mahathir lakukan selama 15 tahun dipenghujung Alaf ke-20 ini telah menjijik,
mengecewa dan membosankan bukan saja golongan terpelajar orang Melayu, malah orang
Cina dan India juga”, katanya.
Katanya, “Kaum bukan Melayu dalam komponen
BN sudah mula insaf bahawa perjuangan BN hanya untuk sekelompok sahaja. Seperti
bekas UMNO, golongan bukan Melayu sudah sedar bahawa BN tidak lagi berguna untuk
menerajui masa depan negara..!!”
Walaupun Mahathir mengatakan orang Melayu
telah berjaya dalam bidang ekonomi dan perusahaan, hakikat sebenarnya Dasar Ekonomi
Baru tidak memberi sebarang manfaat yang jelas kepada orang Melayu seperti yang di
‘claim’ oleh Mahathir dan UMNO, kata beliau.
“In fact, Mahathir
himself is the real culprit, taking advantage of patient of the bigger of the Malays
in general. His Cronies are the richest lot overnight. Without Mahathir and Daim at
helm, those unskilled cronies and their sons and daughters will never fit into the
business circle of the modern day’s business world. They are the ones who destroy
the opportunities of the ‘real and genuine’ Malay businesmen who may start-off
like “Ramly” a Burger seller turn millionaire…” sambungnya.
Bukan
Melayu Duga Kehancuran BN
Dalam malu-malu, terfikir kepada saya bahawa
sesungguhnya kaum bukan Melayu telah lama memerhatikan lagak, karenah dan
sumbang-laku pemimpin UMNO selama ini. Mereka sudah lama menjangkakan bahawa satu
hari UMNO akan lumpuh dan hancur-lebur; semata-mata kerana pemimpin UMNO terlalu
angkuh dengan ledakan kuasa politik yang mereka monopoli selama ini.
Hakikat
sebenarnya, UMNO “Baru” yang direka oleh Mahathir bukan lagi sebuah parti
politik yang memperjuangkan hak dan tuntutan orang Melayu. Mahathir hidup dalam
khayalan. Setiap khayalan beliau menjanjikan pembaziran. Malangnya tidak ada orang
dalam kelompok UMNOyang berkemampuan untuk menyanggah dan mempertikaikan Mahathir
kerana Mahathir terkenal dengan sikap PENDENDAM kesumat!
Jika seorang bukan
Melayu meluahkan buah fikiran secara terbuka begitu, kita tahu sekarang bahawa
bukan Melayu sudah mulai tidak meyakini MCA, MIC dan GERAKAN untuk bersekutu dengan
UMNO dalam satu Barisan.
Kita nampak sekarang bahawa kaum bukan Melayu sudah
mulai bangkit dan memperjuangkan hak bersama – seperti kebebasan berfikir,
bersuara, keadilan, menentang kezaliman, dan seumpamanya. Ini adalah petanda baik
untuk “Pembangkang”.
Saya teringat bagaimana sdr. Tien Chua yang bertubuh
kurus tetapi tegas dan mantap perilaku; adalah seorang yang didendami oleh Mahathir
dan Dollah Bedawi. Beliau tonggang-langgang dibelasah semata berjuang menegakkan
kebenaran dan keadilan.
Saya melihat bagaimana Karpal Singh dan Zainur
Zakaria serta beberapa orang yang dihalang dengan pelbagai ancaman oleh Regim
Mahathir untuk melaksanakan tanggungjawab; telah dinafikan hak tugas dan fungsi
mereka sebagai Peguambela oleh Mahkamah yang dicengkam-ugut oleh Mahathir sendiri.
Abdi
Suruhan Mahathir: si Ali “RACTUM”
Saya kembali mengingat Ali Rustam (nama
timangan terbaharu diberi oleh seorang netter Forum Reformasi FGR sebagai: ALI
RACTUM) dan membaca beberapa keratan guntingan akhbar internet ‘MalaysiaKini’
yang menganalisis sikap Kerajaan UMNO/BN Melaka terhadap rakyat. Terang-terang saya
kata, saya kecewa!!
Saya teringat lagi bagaimana Mahathir telah menggunakan
Tan Sri Kadir Talip dipaksa berkhutbah meminta Raja-Raja Melayu supaya baginda
Raja-Raja Melayu memainkan peranan menyatukan masyarakat Islam yang berlainan
fahaman politik di negara ini melalui majlis-majlis agama yang mereka terajui; dan
ulasan-ulasan Ulamak UMNO yang totok pro-Mahathirisma (Imam Besar Masjid Putra,
Putrajaya, Tan Sri Abdul Kader Talip) yang ‘menganggukkan’ segala perbuatan
Mahathir!!
Makin memudahkan tafsiran kita bahawa “agenda terancang”
Mahathir Mohammad yang sudah tersepit dan tercekik di halkum itu sudah sampai ke
tahap menghela nafas UMNO dan BN buat kali terakhir. Mahathir dan pemimpin UMNO yang
membuatkan UMNO jadi ‘sampah sarap’ politik yang tidak ada harga.
Dengan
melibatkan Raja-Raja Melayu dalam isu politik untuk menyokong “kejembalangan”
kepemimpinan UMNO/BN terhadap bangsa sendiri; adalah suatu hakikat yang paling DAYUS
bagi sebuah parti politik dalam sebuah negara Merdeka.
Bermakna, Kerajaan ini
tidak punya KEWIBAWAAN lagi – sudah rapuh dan lumpuh, terbantut dan tidak
diyakini, telah hilang daya karisma dan keunggulan.
Keadaan sekarang JAUH
berbeda dari tuntutan anti-Malayan Union tahun 1946 – kerana penglibatan Raja-Raja
Melayu waktu itu memang kena pada tempatnya. Itu pasti dan jelas. Tetapi sekarang
pemimpin UMNO sendiri – tidakkah itu bermakna Parti ini sudah tidak lagi mewakili
rakyat sendiri?
UMNO Seluruhnya Hilang Daya (impotent)
Makin jelas
sekarang bahawa UMNO dengan Presiden parti dan kelompok pemimpin yang masih lagi
seacuan dengan sikap dan sifat buruk laku, “cakap tak serupa bikin”, berwatak
“Iblis” berpura-pura belagak “malaikat” – percayalah…. sampai kiamat
UMNO akan diganyang oleh rakyat, khususnya oleh orang Melayu dan Islam.
Mahathir
dan kelompok pemimpin yang sekongkol beliau tidak akan dinasihati lagi oleh orang
Melayu. Mahathir dan kelompok pemimpin ini sudah dianggap oleh orang Melayu sebagai
‘relik sejarah’ yang akan dicatat dalam sejarah ‘tinta hitam’. Parti ini
sudah disingkirkan dan tersingkir.
Orang Melayu tidak lagi menganggap UMNO
“Baru” sebagai kesinambungan UMNO “Asal” yang punya sejarah gemilang.
Orang
Melayu Ada PILIHAN
Kini, sebuah parti baru yang lebih beramanah, telus dan
meyakinkan telah diwujudkan oleh Rakyat jelata dengan azam dan tekad mrangkum
pelbagai kaum untuk menangani permasaalahan mereka. BARISAN ALTERNATIF bukan
calang-calang sekarang. Pengaruh Barisan terbaharu ini adalah tumbuh dari keazaman
rakyat untuk menumbangkan kezaliman dan ketidak-adilan UMNO/BN yang makin
terang-terang memusuhi rakyat.
Sesebuah parti politik yang tidak disokong
Rakyat, jawapan yang mudah hanya satu iaitu: “GULUNG TIKAR” dan “Mati
Terbongkang”..!! Rakyat sudah rimas dengan ‘omong kosong’ janji temberang
pemimpin UMNO/BN sejak Mahathir Mohammad menunjukkan sikap ‘petualang khianat’
terhadap Bangsa, Tanahair dan Agama Islam!
Amin Sapiro (Ahli UMNO Atas
Pagar Berduri) |